Signing the MOU on behalf of the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di Pertuan of Brunei Darussalam was the Honourable Attorney General, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, while the Commissioner of CNIPA, Dr. Shen Changyu, signed on behalf of CNIPA.
ccThe MOU establishes a formal framework to strengthen cooperation between BruIPO and CNIPA in several areas of intellectual property, including patents, industrial designs, trademarks and geographical indications. It also provides a basis for both offices to exchange information, knowledge, experience and good practices, as well as to undertake mutually agreed cooperation activities.
In her remarks, the Honourable Attorney General highlighted the importance of translating the MOU into practical cooperation between the two offices. She expressed BruIPO’s appreciation for CNIPA’s continued support in capacity-building and knowledge-sharing, and looked forward to further collaboration through technical exchanges, the sharing of best practices and other initiatives, including the proposed workshop on Geographical Indications in Brunei Darussalam in 2027.
cThe Honourable Attorney General also noted that the signing takes place in the year marking the 35th anniversary of the establishment of diplomatic relations between Brunei Darussalam and the People’s Republic of China. She highlighted the close and longstanding friendship between the two countries, founded on mutual respect, trust and cooperation, and expressed the hope that closer cooperation in intellectual property would contribute further to the strong bilateral relationship.
In the Commissioner of CNIPA’s remarks, Commissioner Shen described the MOU as marking a new chapter in cooperation between CNIPA and BruIPO. He acknowledged Brunei Darussalam’s active participation in China–ASEAN and Belt and Road intellectual property programmes and expressed CNIPA’s readiness to pursue closer and more targeted cooperation through capacity-building, training programmes and professional exchanges involving CNIPA patent and trademark experts. Commissioner Shen further highlighted the importance of jointly advancing intellectual property development and fostering a more conducive business environment for innovators in both countries.
The signing of the MOU marks a new chapter in the institutional relationship between BruIPO and CNIPA and provides a foundation for more practical and targeted cooperation. Following the signing, both offices will continue their engagement to identify suitable activities and arrangements for the implementation of the MOU, with a view to supporting intellectual property development and fostering a more conducive environment for innovators and businesses in both countries.

The Honourable Attorney General and Dr. Shen Changyu, Commissioner of the China National Intellectual Property Administration, signing the Memorandum of Understanding between BruIPO and CNIPA.

The Honourable Attorney General and Commissioner Shen with members of the BruIPO and CNIPA delegations following the signing ceremony in Singapore
-END-
Terjemahan
BRUIPO DAN CNIPA MEMPERKUKUH KERJASAMA HARTA INTELEK MELALUI PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
SINGAPURA, 27 OGOS 2026 – Pejabat Harta Intelek Brunei (“BruIPO”), Pejabat Peguam Negara dan Pentadbiran Harta Intelek Negara China (“CNIPA”) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama dalam bidang Harta Intelek di mesyuarat sampingan sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) ke-79 yang berlangsung dari 24 hingga 28 Ogos 2026 di Singapura.
Menandatangani MOU bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Peguam Negara, manakala Dr. Shen Changyu, Pesuruhjaya CNIPA,menandatangani bagi pihak CNIPA.
MOU tersebut mewujudkan rangka kerja rasmi bagi memperkukuh kerjasama antara BruIPO dan CNIPA dalam beberapa bidang harta intelek, termasuk paten, reka bentuk perindustrian, tanda perniagaan dan petunjuk geografi. MOU ini juga menyediakan asas bagi kedua-dua pejabat untuk bertukar-tukar maklumat, pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik, serta melaksanakan aktiviti kerjasama yang dipersetujui bersama.
Dalam ucapannya, Yang Berhormat Peguam Negara menekankan kepentingan merealisasikan MOU tersebut kepada kerjasama yang praktikal antara kedua-dua pejabat. Yang Berhormat Peguam Negara menyatakan penghargaan BruIPO kepada Mukasurat 1 daripada 3 CNIPA atas sokongan berterusan dalam pembangunan kapasiti dan perkongsian pengetahuan, serta menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama melalui pertukaran teknikal, perkongsian amalan terbaik dan inisiatif-inisiatif lain, termasuk cadangan penganjuran bengkel mengenai Petunjuk Geografi di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2027.
Yang Berhormat Peguam Negara turut menyatakan bahawa penandatanganan MOU ini berlangsung pada tahun yang menandakan ulang tahun ke-35 penubuhan hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China. Yang Berhormat Peguam Negara menekankan hubungan persahabatan yang erat dan telah lama terjalin antara kedua-dua negara, yang berlandaskan rasa saling menghormati, kepercayaan dan kerjasama, serta menyatakan harapan agar kerjasama yang lebih erat dalam bidang harta intelek akan terus menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua hala yang kukuh.
Dalam ucapan Pesuruhjaya CNIPA, Pesuruhjaya Shen menyifatkan MOU tersebut sebagai satu lembaran baharu dalam kerjasama antara CNIPA dan BruIPO. Pesuruhjaya Shen mengiktiraf penyertaan aktif Negara Brunei Darussalam dalam program-program harta intelek China–ASEAN dan Belt and Road serta menyatakan kesediaan CNIPA untuk mempertingkatkan dan mempergiatkan kerjasama yang lebih erat dan terarah melalui pembangunan kapasiti, program latihan dan pertukaran profesional yang melibatkan pakar-pakar paten dan tanda perniagaan CNIPA. Pesuruhjaya Shen turut menekankan kepentingan untuk bersama-sama memajukan pembangunan harta intelek dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi para inovator di kedua dua negara.
Penandatanganan MOU ini menandakan satu lembaran baharu dalam hubungan institusi antara BruIPO dan CNIPA serta menyediakan asas bagi kerjasama yang lebih praktikal dan terarah. Susulan penandatanganan tersebut, kedua-dua pejabat akan meneruskan penglibatan bagi mengenal pasti aktiviti dan pengaturan yang bersesuaian untuk pelaksanaan MOU, dengan tujuan menyokong pembangunan harta intelek serta mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi para inovator dan perniagaan di kedua-dua negara.
–TAMAT–